Wednesday, 23 November 2016

PETA LANGKAWI

PULAU LANGKAWI



PETA TEMPAT LANGKAWI              
          
Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawisebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar. Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi) .
RUJUKAN :





MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN DI LANGKAWI


1) SYARIKAT BATUTAH LANGKAWI










Nama Syarikat             : BATUTAH ISLAND
Alamat                           : lot 818 jalan padang dua temoyong langkawi07000,
                                           Kedah, Malaysia
Telefon                           : 049554159
Telefon Mudah alih     : 0172274154
Fax                                   : 049554159
Laman Sesawang        : www.pakejlangkawi.weebly.com

RUJUKAN :http://ms.businesslist.my/company/378031/batutah-island#sthash.zmi4ekPe.dpuf




2) Syarikat Tour Link Holidays Sdn. Bhd.



Nama Syarikat                     :Tour Link Holidays Sdn. Bhd.
Alamat                                   : No. 32 , Pusat Perniagaan Kelana Mas,
                                                   Langkawi, Kedah, Malaysia
Telefon                                   :  966 2396

Fax                                           :  04-966 9032





3) Syarikat Langkawi Sea Safari Sdn.Bhd.


Nama Syarikat                            : Langkawi Sea Safari Sdn. Bhd.
Alamat                                          : 81, 1st floor , Langkawi Mall , Jalan Kelibang,Kuah,
                                                          Langkawi, Kedah, Malaysia
Telefon                                         : 049698888
Telefon Mudah alih                   : +60124887441
Fax                                                 : 049698889
Laman Sesawang                       : www.langkawi-online.com



TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

1) Dataran Lang

Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini. Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.
Rujukan : RUJUKAN: https://ms.wikipedia.org/wiki/Dataran_Lang

2) Kereta kabel Langkawi 
 Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang ,barat laut pulau Langkawi , Kedah Malaysia . Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad.Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah  919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian .

3) Gunung Mat Chinchang 
Gunung Mat Chinchang yang terletak di Langkawi Kedah mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki ) . Di sini juga terdapat kereta kabel untuk pelancong naik ke atas puncak gunung Mat Chinchang . Dari puncak, pelancong boleh melihat pemandangan dan pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi .Gunung Mat Chinchang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.


MAKANAN DI LANGKAWI

1) Ikan Stim Veena Thai
Kedai makan Thai yang terkenal di Langkawi, iaitu Veena Thai yang terletak di bandar Kuah.Di sini, antara sajian paling popularnya ialah Ikan Stim Halia serta Tomyam dan Udang Lipan Masak Cili. Kedai makan ini diapit oleh kedai-kedai makan Cina, dan keadaan kedai juga bukan seperti kedai besar. Jadi ia tidak banyak diketahui pelancong luar.Akan tetapi, ia cukup popular di kalangan warga tempatan dan oleh kerana jumlah pelanggan yang ramai, selalunya pelanggan tempatan akan menempah dahulu makanan sebelum datang.
Address :1, Persiaran Mutiara 1, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
2)  Pizza Langkawi
Dengan topping yang tebal dan pizza yang dimasak sempurna, Artisans Pizza Langkawi dianggap pizza terbaik di Pulau Langkawi.Keenakan pizza Artisans yang dimasak oleh anak tempatan ini bukan sahaja dipuji pelancong tempatan, malah pelancong Britain, German dan Australia.Jika pizza bukan pilihan anda, terdapat juga burger, kepak ayam atau kentang goreng untuk anda pesan.
Cawangan di Langkawi
·         Jalan Pantai Cenang
·         Telaga Harbour Park, Pantai Kok
·         Bandar Baru Baron, Kuah

3) Ikan Bakar

Adress : Padang Mat Sirat, Langkawi, Kedah 07000
§  Ikan bakarnya pelbagai pilihan dan sedap
§  Harganya sangat murah, jadi jangan takut ambil banyak
§  Sambal belacan jangan lupa ambil
§  Banyak pilhan dan ikan yang segar

AKTIVITI AKTIVITI MENARIK 
1) Mencuba sukan lasak ATV di Oriental Village

Rujukan : http://www.thevocket.com/aktiviti-menarik-di-langkawi/



TEMPAT PENGINAPAN
1) Cenang Plaza Beach Hotel | Bilik moden dan selesa
Bilik moden hotel ini datang serba lengkap dengan peyaman udara, Wifi percuma, teh & kopi segera, tandas persendirian dan balkoni jika anda teringin untuk melihat pemandangan laut yang mengagumkan dari bilik hotel anda.Hotel ini juga terletak berhampiran dengan banyak tarikan utama di pantai cenang seperti Langkawi Underwater World dan Muzium Padi. Jika anda memandu, pihak hotel menyediakan tempat parking  kereta percuma untuk tetamu hotel.
Harga: Dari RM219 Semalam
Lokasi: Lot 2606, Jalan Pantai Cenang, Mukin Kedawang, 07000 Pantai Cenang.


2) Best Star Resort | Nilai untuk wang

Lagi satu pilihan hotel bajet popular yang terletak di tepi Pantai Cenang adalah Best Star Resort. Agak susah untuk mencari hotel di Langkawi yang terletak di tepi pantai dengan Harga bilik serendah RM 169 semalam.Hotel ini menawarkan Wifi percuma dan bilik datang serba lengkap dengan penghawa dingin, teh & kopi percuma dan bilik mandi persendirian. Ada beberapa bilik tertentu yang mempunyai pemandangan laut dari tingkap bilik.
Harga: Dari RM169satu malam
Lokasi: Lot Pt 892, Jalan Pantai Cenang, 07100 Pantai Cenang.


3) Casa Loma Airis Sanctuary | Dari RM130 Semalam

Chalet-Chalet persendirian mengelilingi kolam yang dihias dengan pokok kelapa membuat Casa Loma Airis Sanctuary sesuai untuk mereka yang hendak melarikan diri dari kesibukan bandar.Bilik di sini datang dengan berhawa dingin, bilik air persendirian, shower air panas dan Wifi percuma di setiap bilik. Kawasan sekeliling hotel ini juga merupakan tarikan memancing yang popular.Di sini juga terdapat tempat letak kereta percuma yang disediakan untuk tetamu.
Harga: Dari RM130 Semalam
Lokasi: Lot 1543 Bandar Padang Mat Sirat, Pantai Tengah, 07000 Pantai Cenang.